Tuesday, 11 July 2017

RESIPI KEJAYAAN MENDIDIK ANAK-ANAK


Kepada ibubapa yang sentiasa mengambil berat hal anak-anak, mari kita lihat apakah resipi kejayaan mendidik anak-anak.
Walaupun tidak ada resipi yang khas, namun beberapa kajian menunjukkan ada beberapa bentuk pendidikan yang sama dilakukan oleh ibubapa yang mempunyai anak-anak yang berjaya.
Pertamanya, mereka selalunya melatih anak-anak agar berdikari dan membantu dalam kerja-kerja rumah. Kerja rumah seperti kerja kebersihan, mencuci baju dan pinggan mangkuk, mengemas rumah dan membuang sampah mesti dilakukan oleh seseorang. Jika anak-anak tidak melakukannya, ianya bermaksud pasti ada seseorang yang lain seperti pembantu rumah, ibubapa atau ahli keluarga yang lain melakukannya. Ini akan mengurangkan rasa tanggungjawab dan apabila dewasa kelak, anak akan menjadi beban kepada ahli pasukan kerja juga. Membiasakan anak-anak dengan kerja rumah akan memahirkan mereka tetapi yang lebih penting mereka belajar menggalas tanggungjawab di mana pun mereka berada, samada di rumah atau di tempat kerja tanpa melepaskan kerja kepada orang lain. Mereka juga baik dalam kerja berpasukan.
Kedua, mereka melatih anak-anak untuk pandai bermasyarakat dan pandai berkomunikasi. Kanak-kanak yang pandai bermasyarakat akan senang bekerjasama dan saling memahami antara satu sama lain. Kajian menunjukkan mereka yang pandai bermasyarakat mempunyai cara hidup yang sihat dan harmoni berbanding mereka yang tidak tahu bermasyarakat selalunya berisiko tinggi untuk gagal di dalam pekerjaan dan cenderung untuk salah laku dan terlibat dalam jenayah. Kajian ini menunjukkan adalah penting untuk kita membantu anak-anak membina bakat bersosial dan pandai berkomunikasi. Namun hendaklah kita fahami bahawa pandai berkomunikasi semata-mata bukan lah bermaksud mempunyai bakat bermasyarakat. Dalam bermasyarakat, anak-anak bukan sahaja pandai berkomunikasi tetapi mereka juga harus tahu bila mereka harus mendengar dan memahami orang di sekitar mereka.
Ada 9 lagi resipi kejayaan mendidik anak-anak mengikut kajian, apa lagi agaknya ya? Tunggu esok pula ya..
Who wants to know more, please like and share.

#CREDITCHILDRENISLAMICCENTER
#CICCHENGMELAKA
#PUSATPERKEMBANGANMINDACIC

Jom dengar cerita!!!















Ting tong (bunyi loceng)... ada 15 minit lagi nak balik.
Sebelum balik jom dengar cerita dulu.
Begitulah rutin harian mereka sebelum menunggu ibu bapa datang.
----------------------------------------------------
Ha... siapa yang nak bercerita di hadapan.
Saya... saya.. saya.. saya.. (semua angkat tangan dengan
muka penuh yakin)
Ok..awak Dhia Amani awak bercerita dulu yang lain-lain
esok ye ikut giliran ya. 
-------------------------------------------------
Sebelum balik jom dengar Dhia Amani bercerita dulu.
Esok giliran siapa pula ye?


#CICCHENGMELAKA
#PUSATPERKEMBANGANMINDA 


CIC CHENG : INTAKE 2018

Assalamualaikum 

Dear parents,
2018 January Intake is now opened.

Register before 31st July 2017 to get our SPECIAL OFFER.


For more details, feel free to contact us
06.334.6794 / 012.3969.731

Hurry up. Register now. SEAT LIMITED!
#CICCHENGMELAKA 
#Registration2018




RESIPI KEJAYAAN MENDIDIK ANAK-ANAK

Kepada ibubapa yang sentiasa mengambil berat hal anak-anak, mari kita lihat apakah resipi kejayaan mendidik anak-anak. Walaupun tidak...